kau & aku

Monday, May 17, 2010

Keladi Bumbu Pedas....


Bahan-bahan:

10 batang keladi - dipotong panjang

Dikisar halus:

100 gm udang kering
3cm belacan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

2 batang serai
10 tangkai cili kering
3 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kunyit - dibelah empat
4 helai daun kunyit - dihiris
6 helai daun bebuas - dikisar halus
200 gm kulit lembu
100 gm bumbu bubur pedas
Garam, gula dan serbuk perasa.

Bahan Membuat Bumbu Pedas:

1 cawan kelapa hiris
1 cawan beras
Sedikit sebuk kunyit
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
10 tangkai cili kering
1 batang serai
Sedikit lengkuas
2 cm halia

Cara Menyediakan Bumbu:

1. Sangai beras hingga kekuningan, kemudian sangai pula kepala hiris hingga kering. Kisar halus bahan-bahan ini secara berasingan.

2. Kisar pula bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih.

3. Kisar juga serai, cili, lengkuas dan halia berasingan.

4. Gaulkan beras kisar, kelapa dan serbuk kunyit. Campurkan bahan-bahan lain.

5. Gunakan cuma 10 gm campuran bumbu pedas untuk menyediakan sayur keladi. Selebihnya simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan lain kali.

Cara Menyediakan Sayur Keladi:

1. Didihkan air dan masukkan batang keladi.

2. Apabila lembut, masukkan bahan kisar, asam keping, kulit lembu, garam dan gula. Didihkan hingga kulit lembu empuk.

3. Masukkan bumbu pedas diikuti daun bebuas, daun kunyit serta bunya kunyit.

Kek Coklat Moist Kukus




Kek Coklat Moist Kukus


BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)



CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.



PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Thursday, May 6, 2010

Majlis Sambut Menantu


tepat 19 disember 2009 bertempat teratak mertuaku di Pasir Pekan, Wakaf Bharu kota Bharu. Sebanyak 20 buah kenderaan yang terdiri daripada saudara-mara dan rakan taulan yang mengiringi pasangan yang berteduh di rumah tumpang Sri cemerlang di Wakaf Che Yeh.






Ketibaan pengantin pada pukul 2.15 petang disambut dengan begitu meriah sekali dengan pertunjukan silat,tomoi dan dikir bakat.

Selepas makan beradab, jurukemera yang merangkap kawan aku dengan murah hati menawarkan diri untuk merakam gambar kami sebagai kenang-kenangan.



kehadiran tetamu tidak putus-putus sehingga pukul 10 malam.. Aku dan suami terlalu penat melayan tetamu begitu juga dengan keluarga mertua tidak memang tangan dengan menyediakan makanan bagi tettamu yang hadir lewat petang..


Terima Kasih semua...


Love u so muchhh

Wednesday, May 5, 2010

welcome back !!!!


huhuhuhu... weLcome Back ....



Sebelum ini pernah ada blog tp x ingat password dan id... eeee :) jadi terpaksa crete baru untuk tatapan yang mengenali ku..

apa citer terbaru aku...


sudah berkahwin dengan kekasih yang ku seru (mohd haierilkhilmin b. othman)


Tarikh di ijab kabul pada 11/12/2009 tepat jam 20:15 malam bertempat di teratak ayahanda dan bonda tercinta.


Dengan sekali lafaz yang yang di akad dan berwali oleh ayahandaku Tuan Syed Saifudeen Bin Syed Mansoor Al-attas dengan bersaksi dengan adinda Syed Mohd Baihaqi Hilmi Al-attas dan bapa saudara Mohamad B. Abd Rahman merupakan adik kepada bonda ku..


Majlis berlangsung selama 3 hari berturut-turut


11/12/2009 - Majlis Nikah


12/12/2009 - Majlis Bersanding


13/13/2009 - Outdoor


Begitu meriah sekali majlis tersebut.


Terima Kasih kepada mana pihak yang terlibat.


saksi episod pertama tentang kau dan aku....